|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum wr. wbh.
Abang Anwar yang diingati, saya harap Abang Anwar sehat. Saya Alhamdulillah.. sehat. Hanya pemikiran saya saja yg. kurang sehat. Kerana saya masih terkenangkan peristiwa pertama-tama ditangkap polis, dimasukkan ke lokap dan disoal siasat dan yg. paling menyedihkan ialah saya dipaksa untuk mengaku dan menanda tangani dokumen-dokumen yg. kononnya saya ada hubungan sejenis dengan Bang Anwar, Azizan dan Meor, serta Ismail dll. yang saya tidak pernah mengenalinya. Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk memohon berjuta-juta ampun dan maaf karena telah memburukkan nama Abang Anwar yg. mana Abang sendiri tidak pernah melakukannya. Saya harap Abang dapat mengerti kerana saya terpaksa dan dipaksa.
Bang Anwar..... maafkan saya?! Di hari penangkapan saya, saya berada di Restoran di Lot 10 dengan Kak Mala. Betapa malunya, saya digari tangan di hadapan beratus-ratus orang di mana saya tidak pun membuat sebarang kesalahan. Selepas itu saya dibawa ke rumah saya di Tivoli dan mereka menggeledah rumah saya dan memecahkan pintu kamar saya. Tak taulah apa yang mereka cari dan telahpun terbukti saya tidak pun mempunyai atau menyimpan apa-apa barang yang salah di sisi undang-undang. Akhirnya mereka mengambil pasport, 1 diary (kosong/hanya alamat) dan album-album lama saya. Kemudian saya dibawa ke Bukit Aman ke tingkat II Pejabat Tuan Musa dan Tuan Rodwan. Mereka harus mengisi borang penahanan saya, tetapi mereka tidak tahu penahanan saya atas sebab apa, sebab mereka saling bertanyakan sesama mereka saya ditahan atas sebab apa?! 1 setengah jam mereka fikir-fikir akhirnya mereka menulis penahanan saya atas sebab tertentu. Yang mana sampai sekarang pun saya tak tahu. Mereka hanya memberitahu untuk penyiasatan. Begitu juga dengan mahkamah. Beliau tidak memberitahu sebab penahanan saya. Saya hanya diberitahu ditahan di bawah Akta 177 sahaja. Di mana ini berlaku di keesokan harinya dan saya tahu benar mereka mengenali sesama satu dengan rapat (orang mahkamah dan Rodwan). Di sini saya rasakan penahanan saya ini sebenarnya ialah "penculikan". Di hari ke-3 saya dibawa ke sebuah bilik di Tingkat 3, di sini saya ditelanjangi (naked) dengan keadaan aircon yang sangat-sangat dingin dan saya disoal-siasat dengan cara yang sangat kasar. Dicaci, dihina, dipukul, ditelanjangi, digari oleh 6 orang petugas. Begitu juga dengan cermin mata saya dilempar dan diketuk-ketuk ke meja dan lantai. Nasib baik tidak pecah (plastik). Saya tidak dapat berkata apa-apa karena hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya badan, hati dan pemikiran saya pada ketika itu. Saya kembali ke lokap (sel). Di lokap polis-polis bertanyakan samada saya dipukul atau tidak, tapi saya kata tidak, padahal betapa sakitnya badan saya ketika itu. Saya takut menceritakan keadaan sebenar (dipukul) kepada polis di lokap. Takut salah dan takut dipukul lagi. Asma saya pun kambuh lagi dengan teruk, kerana pada waktu malam itu saya hanya memakai seluar dalam saja dengan keadaan yang dingin dan lembab di sel (lokap).
Keesokan harinya saya ditemukan dengan seorang doktor forencik untuk pemeriksaan DNA kononnya. Sekali lagi saya ditelanjangi (naked) di hadapan pegawai dan difoto. Mereka mengambil darah saya (tiga botol), rambut saya dan rambut ketiak dan kemaluan, tapi yang paling menyedihkan mereka menyuruh doktor tersebut untuk memasukkan tangannya (3 jari) ke dalam dubur saya. Ya.. Allah, sakitnya! Kemudian saya dibawa ke bilik siasat lagi. Di sini saya dipaksa lagi untuk bercerita mengenai hubungan saya dengan Bang Anwar. Padahal saya telah jelaskan dengan sebenarnya bahwa Bang Anwar bukan sekadar abang angkat tapi sebagai ayah saya sendiri. Tetapi semakin saya bercerita benar, mereka semakin ganas terhadap saya, dengan memberitahu saya akan ditahan di bawah Akta ISA, mereka boleh simpan peluru di rumah atau di kereta saya ataupun mereka boleh membeli 1 peluru untuk menembak saya (katanya, peluru murah aje... 45 cent). Ataupun saya bercerita kepada mereka dan akan membebaskan minggu depan. Dari sinilah bermulanya reka-rekaan cerita saya. Semakin saya reka semakin bahagialah mereka. Saya katakan saya ada hubungan dengan Abang sejak mula saya datang ke K.L. sehinggalah ke bulan April yang lalu. Mereka sangat sibuk menulis cerita rekaan saya seolah-olah mereka sedang menyiapkan novel. Dari mula inilah saya dibukakan gari tangan, dibenarkan memakai baju, diberi makan dan minum yang enak dan rokok, dengan satu "harapan" saya; saya akan dibebaskan minggu depan.
Setelahs seminggu berlalu, mereka masih tetap tidak membebaskan saya dengan alasan kerja-kerja belum siap. Rupa-rupanya mereka masih belum puas dengan cerita rekaan saya itu. Di sinilah saya disangkut pautkan dengan nama-nama seperti Azizan dan Ismail dan banyak lagi nama-nama termasuk semua staf saya baik lelaku ataupun perempuan (mereka ini benar-benar gila!) dan Arwah Tan Sri Yahya (sedih saya dibuatnya).
Tetapi akhirnya mereka memutuskan untuk bercerita mengenai Azizan dan Ismail. Bermulalah cerita rekaan saya lagi sampai merekapun naik birahi. Dan mereka, terutamanya Rodwan berpuluh-puluh kali agar saya bercerita soal Azizan dengan secara terperinci, seolah-olah kita buat bertiga. Setiap kali mereka menyiapkan novelnya, saya sentiasa bertanya bila nak bebaskan saya dan jangan "charge" saya di mahkamah. Mereka hanya jawab, besok... besok... dan besok! Dan mereka bersumpah tidak akan "charge" saya. Hanya dua hari lagi tahanan reman saya akan berakhir, Rodwan datang menemui saya di lokap dan memberitahu saya akan dibebaskan besok dengan (satu) syarat, saya hendaklah membuat confession (pengakuan) di hadapan hakim dan harus dititikberatkan (detail) mengenai cerita hubungan bertiga dengan Azizan (He said: Please... please... very very detail!) Maka terhasillah pengakuan saya di hadapan hakim (di mana mereka juga kawan rapat Rodwan dan Musa, melalui telefon dengan perjumpaan di hadapan saya).
Tetapi dasar mereka licik, jahat, penipu dan kejam, di hari-hari terakhir (Sabtu) saya dipanggil Tuan Musa untuk charge saya di court. Menurutnya, saya telah membuat kesalahan melakukan hubungan jenis dengan you & Azizan. Di sini saya meminta kebenaran untuk telefon family untuk panggil lawyer. Dia cakap "kamu sudah ada Ganesan, tapi saya tak benarkan Ganesan kerana Ganesan telah curi Ismail". Dia juga berkata: "Kamu ada lawyer Zulkifli Nordin yang dilantik oleh kakak kamu, tapi kalau gunakan Zulkifli saya akan charge kamu dengan Akta 377A & B (minimum 5 tahun dan sebat) tetapi kalau gunakan lawyer saya (polis) awak akan dicharge 377D (minimum 1 hari penjara dan denda)". Dan dengan syarat saya harus mengaku salah, kalau tidak mereka akan tangkap lagi dan charge 377B kes dengan Azizan. Dan kalau saya cakap-cakap atau meminta rayuan kepada lawyer-lawyer sendiri atau lawyer-lawyer Anwar saya akan dicharge lagi dengan 377B. Dari sebab inilah saya mengaku salah di mahkamah, di mana saya terus ditipu bukan 1 hari penjara tapi 6 bulan.
Dari sini saya sudah bertekad untuk melantik Karpal Singh (lawyer) sebagai
peguam saya mewakili kes saya. Tapi saya tak berkesempatan untuk memberitahu
sesiapa. Saya ada berjumpa Karpal Singh di Kajang (kes orang lain). Ingin
rasanya berjumpa dengannya dan terus melantiknya, tapi tak sempat sebab
pegawai dari Bukit Aman datang untuk mengambil saya. (Karpal pun melihat
pada masa itu).
Setelah 3 minggu berlalu, keluarlah cerita baru, iaitu Meor, di mana
beliau terpedaya seperti saya, tapi dia lebih teruk kerana dia lebih lemah
dari saya. Yang saya marah dengan Meor ialah dia membabitkan nama saya
(dipaksa oleh Polis). Jadi di sini saya menjadi saksi mereka dan dipaksa
agar menceritakan keterbabitan saya. Di mana saya hanya mengenali beliau
5 tahun lalu sebagai tukang jahit dan memperkenalkan pada Kak Izah. Itu
saja.
Hai... tak taulah kenapa mereka begitu kejam terhadap Bang Anwar.
Hmm... di sinilah saya sekarang (sel No. 8). Tetapi saya sangat dimanja
oleh tuan-tuan tingkat 11 kerana mereka masih memujuk untuk menandatangani
report polis yang saya tidak melantik mana-mana lawyer, dan mereka mengharapkan
saya sebagai saksi mereka dalam kes you. Tapi sampai sekarang saya tidak
mau menandatangani apa-apa lagi form. Serik! Jadi saya dibawa jalan-jalan
ke Melaka (shopping), Jasin makan ikan bakar, ke pantai sampai jam 2 pagi.
Gila! Saya dipaksa pakai topi supaya tidak dikenali. Minggu depan saya
dibawa ke Terengganu atau Bandung, Indonesia untuk 3 hari cuti bersama
mereka di kampung saya. Tapi saya tidak mau pergi. Sakit hati saya.
Sampai di sini sahaja. Banyak lagi cerita yang menyakitkan yang saya
tak sempat ceritakan di sini. Saya rindu family kita. Take care! Sembah
sujud penuh kemaafan.
Sukma.