bil. 6
menegakkan keadilan
13 November 1998 
   MUKASURAT 1/2

 
Sacking is my prerogative
 
|
Dr. Mahathir,
Japan,
18 Oct. '98
  ...dan 
PERDANA MENTERI
MALAYSIA
KELIMA
ialah...
Pak Lah dan Najib...
Mengintai peluang untuk menggantikan Anwar

Najib? Pak Lah? Sudah tentu kedua-duanya mengharapkan dirinya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri. Namun, hal ini tidak semudah itu. Bagi Mahathir bakal penggantinya mestilah seorang yang akan melindungi kepentingan kuncu-kroninya. Calon terbaik ialah Daim Zainuddin kerana kepentingan kedua-dua mereka berkait rapat. 

Namun untuk jangka panjang seorang calon yang lebih muda diperlukan. 

Menurut satu pandangan di kalangan penyokong Mahathir, calon yang diharapkan Mahathir ialah Mokhzani, anaknya sendiri. Mokhzani bergiat dalam politik dan adalah bendahari Pemuda UMNO. Ini berbeza dengan Mirzan yang setakat ini hanya menumpukan perhatian kepada perniagaan. Untuk tujuan menjadikan Mokhzani ahli kabinet, Mahathir akan meletakkan anaknya sebagai calon dalam pilihanraya akan datang. Selepas itu bolehlah dilantik sebagai timbalan menteri. Pada Perhimpunan Agung UMNO seterusnya dia akan bertanding untuk jawatan naib presiden. Pasukannya akan terdiri dari dirinya, Sanusi Junid dan Syed Hamid Albar. Pak Lah akan bertanding sebagai timbalan presiden. Dengan ini Pak Lah akan menjadi TPM. Kemudian Mahathir akan berundur dan Pak Lah akan menjadi PM sementara dan Mokhzani akan menjadi TPM. Seterusnya tidak sukar diteka. Dengan ini dinasti Mahahtir akan terjamin. 

Masalah dengan pelan ini ialah Mokhzani tidak dianggap seorang tokoh oleh ahli UMNO. Zaman mudanya dihabiskan berpoya-poya. Semasa bersekolah di MRSM Kota Baru dia dikenali sebagai seorang "playboy" dan beberapa kali hampir dibuang sekolah kerana salahlaku. Hanya kedudukan bapanya sebagai menteri pendidikan menyelamatkannya. Selepas peperiksaan MCE beliau telah menyambungkan pelajaran ke UK dan kemudiannya ke US. Seperti di sekolah, hidupnya dihabiskan berpoya-poya. Dia mengambil masa 8 tahun selepas meninggalkan MRSM untuk mendapat ijazah pertama sedangkan kebanyakan orang mengambil hanya 4-5 tahun. Ketika di Amerika, perbelanjaan pengajiannya ditanggung oleh Ananda Krishnan. Setelah menamatkan pengajian dia telah kembali ke Malaysia dan bekerja di Shell. Ketika di Shell dia terkenal sebagai kaki relax yang lebih banyak menghabiskan masa membaca suratkhabar dari bekerja. 

Satu-satunya penghalang kepada segala ini ialah Najib. Pada ketika ini, Najib semakin ditekan. Golongan Sanusi Junid dan Pak Lah telah mula mengatur langkah menyerang Najib. Buku mengenai skandal-skandal lama Najib mula muncul semula di pasaran. Bagi Sanusi, Najib perlu dihapuskan untuk memastikan rancangan menaikkan Mokhzani dapat berjalan licin. Bagi Pak Lah pula, Najib berpotensi mencabarnya untuk jawatan timbalan presiden. 

Walau pun perencanaan diatur, masih wujud kemungkinan ia gagal. Kesetiaan Pak Lah belum tentu kekal kepada Mokhzani apabila Mahathir sudah tiada nanti. Lagi pun Pak Lah sebenarnya menyebelahi Tengku Razaleigh semasa pertembungan di antara Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987. Kemungkinan Pak Lah mengubah kesetiaan setelah Mahathir sudah tiada adalah agak besar.

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama

ke bilangan 5 mukasurat 6
1
ke mukasurat 2