bil. 2
menegakkan keadilan
15 Oktober 1998 
   MUKASURAT 1/3

 
Saya akan terus lawan. Membujur lalu melintang patah, kita harus teruskan gerakan REFORMASI ini demi kepentingan rakyat keseluruhannya.
|
Dato' Seri Anwar Ibrahim
 
tahanan ISA diseksa
RAHIM NOOR TUMBUK ANWAR
 

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor disahkan telah memukul dan menumbuk Dato' Seri Anwar sehingga menyebabkan mata kiri Dato' Seri Anwar lebam, lehernya lebam, tangan kirinya tidak bermaya serta hidung dan bibirnya pecah. 

Perkara ini terdedah apabila sekumpulan pegawai kanan Bukit Aman yang membincangkan isu itu menyebut memang benar Rahim memukul Dato' Seri Anwar dan perbualan mereka telah didengari oleh seorang pegawai polis berpangkat rendah yang kebetulan berada di bilik perbincangan tersebut. 

Dalam perbincangan itu, polis kini berada dalam keadaan serba salah kerana kes Dato' Seri Anwar dipukul perlu disiasat segera. 

Menurut mereka adalah sukar untuk mereka menyiasat Rahim dan kini mereka sedang mencari anggota polis berpangkat rendah untuk dipertanggungjawabkan. 

Berdasarkan perbincangan itu, semasa Dato' Seri Anwar dipukul oleh Rahim, Dato' Seri Anwar sedang membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 

Apabila Dato' Seri Anwar dipukul, beliau tidak berhenti daripada membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan keadaan ini menyebabkan Rahim hilang sabar dan terus membelasah Dato' Seri Anwar. 

Setidak-tidaknya 8 kali tumbukan telah dilepaskan oleh Rahim dan lebih 10 pukulan lain di bahagian badan Dato' Seri Anwar. 

Malah, pukulan keras telah dilakukan di bahagian leher Dato' Seri Anwar kerana Rahim tahu leher Dato' Seri Anwar pernah tercedera kerana jatuh daripada kuda. 

Lebih memeranjatkan menurut para pegawai itu, semasa Rahim memukul Anwar, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik turut berada di Bukit Aman. 

Sementara itu, dalam perbincangan tersebut, pegawai kanan polis itu turut dimaklumkan tentang keadaan tahanan-tahanan ISA. 

Daripada laporan yang dikemukakan, Timbalan Rektor UIA, Dr. Sidek Baba dikenakan seksaan dengan ditelanjangkan serta disiram dengan air batu dan kemudiannya diletakkan dalam bilik sejuk. 

Manakala, Ruslan Kassim pula dipaksa meminum air sabun sehingga mengalami muntah-muntah dan cirit-birit. 

Penyeksaan berterusan ini bertujuan untuk meminta tahanan-tahanan berkenaan mengakui mereka percaya dengan dakwaan bahawa Dato' Seri Anwar memang rendah moralnya. 

Berdasarkan maklumat ini, kita tidak hairan tahanan ISA boleh diseksa sedemikian rupa kerana Dato' Seri Anwar selaku bekas Timbalan Perdana Menteri pun diseksa begitu kejam oleh Rahim Noor.

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama 
 

ke bilangan 1 mukasurat 3
1
ke mukasurat 2