bil. 7
menegakkan keadilan
20 November 1998 
   MUKASURAT 1/2

 
And so, among nations suffering economic crisis, we continue to hear calls for democracy in many languages, 'people power', 'Doi Moi', 'reformasi.' We hear them today, right here, right now, among the brave people of Malaysia.
 
|
Al Gore,
Apec '98
16 Nov.
 
bila
SISTEM PENTADBIRAN KEADILAN
yang dibicarakan
Ramai pakar perundangan kini tertanya kenapa perbicaraan Dato' Seri Anwar Ibrahim masih diteruskan kerana keterangan dari saksi pertama telah menunjukkan bahawa tuduhan terhadap beliau tidak berasas. Keterangan Dato' Mohd Said Awang, bekas pengarah cawangan khas, menunjukkan siasatan terhadap Anwar dihentikan selepas Mahathir menyatakan kes itu tutup. Oleh itu, tidak timbul persoalan Anwar mengarahkan kes itu ditutup atau mencampur tangan dalam siasatan. Apatah lagi bila keterangan Mohd Said menunjukkan bahawa segala tuduhan terhadap Anwar didapati palsu dan tidak berasas. Ini bererti pendakwa tidak mempunyai kes "prima facie". 

Satu perkara yang terserlah ketika soalbalas peguambela Anwar ialah amalan dan tindak-tanduk polis. Mohd Said mengakui polis melakukan proses "turn over" yang bertujuan merubah pandangan dan pendirian seseorang. Ini dilakukan dengan menggunakan berbagai pujukan dan kaedah psikologi. Adakalanya ini melibatkan soalsiasat yang berpanjangan. Kita tidak boleh menolak bahawa PDRM juga mengguna deraan fizikal kerana kecederaan yang dialami Anwar ketika berada dalam tahanan dan aduan mengenai deraan oleh Munawar Anees dan Sukma menunjukkan deraan fizikal memang sebahagian dari kaedah yang digunakan PDRM. 

Bekas tahanan ISA semasa operasi Lalang juga mengalami berbagai bentuk deraan. Di antara bentuk deraan fizikal yang digunakan ialah meramas kemaluan tahanan lelaki dan membogelkan tahanan dan meletakkan mereka di hadapan alat hawa dingin. Seorang tahanan dari Memali telah dipukul sehingga patah tulang rusuk. Rakyat kini mula bertanya sama ada penggunaan kaedah sebegini boleh dianggap sah, beretika dan profesional? 

Malahan, timbul persoalan sejauhmanakah sesuatu pengakuan yang diperolehi oleh polis dari tahanan boleh dipercayai? Umpamanya, sejauhmanakah perletakan jawatan Datuk Zahid Hamidi dari jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dilakukan dengan penuh rela? Atau adakah ia hasil daripada "turnover" dan deraan yang dialami semasa dalam tahanan? Malahan, benarkah tahanan yang dibebaskan "tanpa syarat" benar-benar dibebaskan tanpa syarat? Kenapakah Roslan Kasim dan Abdul Malik Husin masih ditahan? Adakah ia kerana tindakan "turnover" polis gagal merubah pendirian mereka?

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 8

halaman utama

ke bilangan 6 mukasurat 2
1
ke mukasurat 2