bil. 8
menegakkan keadilan
27 November 1998 
   MUKASURAT 1/3

 
He (Anwar) will have a fair trial. Nobody need worry about that. Maybe when I go to the United States, I'll meet Ken Starr.
 
|
Rafidah Aziz,
Apec '98
 
agenda
REFORMASI
kita
Perubahan yang bakal dibawa oleh gelombang reformasi adalah satu perubahan yang akan membawa anjakan pada amalan serta budaya politik dan pemerintahan negara. Intipati kepada perubahan ini ialah mewujudkan sebuah kerajaan yang telus, bertanggungjawab kepada rakyat dan menghayati prinsip dan amalan demokrasi. Ini mungkin dilihat sebagai perkara asas bagi kebanyakan kita. Namun, inilah yang dikhuatiri Mahathir. 

Pemerintahan Mahathir telah menyaksikan pemusatan kuasa kepada diri Mahathir. Dia kini menganggap dirinya maha berkuasa. Ini membolehkan Mahathir menjadi maha zalim dan maha rakus. Pemusatan kuasa berlaku melalui berbagai tindakannya. Pemecatan Tun Saleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan seterusnya pindaan perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja adalah di antaranya. Selain dari itu, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Penerbitan dan Percetakan memberi kuasa-kuasa yang luas kepadanya. Akta-akta ini membolehkan dia mengambil tindakan-tindakan yang tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Untuk memastikan kekuasaan mutlak dalam UMNO dia juga telah meminda undang-undang supaya pertikaian parti tidak boleh di bawa ke mahkamah. Dengan ini tindak-tanduk dan keputusannya dalam parti tidak boleh dipertikaikan. Kesemua ini memastikan dia dapat bertindak sebagai seorang maharaja. 

Selain dari menggunakan undang-undang dan peraturan pentadbiran, Mahathir juga menggunakan ugutan untuk mendapatkan kesetiaan dan ketaatan. Ini dilakukan terhadap mereka yang berpotensi menjadi seteru atau menghalangnya . Sebagai contoh, fail siasatan BPR terhadap beberapa tokoh politik dan juga pegawai kanan kerajaan akan disimpannya. Tindakan tidak akan diambil terhadap salahlaku tokoh politik atau pegawai kerajaan berkenaan. Sebagai balasan mereka mestilah akur dan setia kepada Mahathir. Oleh sebab itulah salahlaku Rafidah Aziz dalam pemberian saham kepada menantunya, Samy Velllu dalam pemberian saham Telekom kepada Maika dan kes rasuah suami seorang timbalan menteri wanita didiamkan sahaja. 

Demikian juga dengan kes rasuah Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin, yang telah siap disiasat BRP setahun lalu dan Abol Hasan, bekas Ketua Pengarah EPU, yang kini menjadi gabenor Bank Negara. Sumber-sumber BPR juga memaklumkan Suara Reformasi bahawa Ketua Polis Negara dan timbalannya serta Peguam Negara juga turut disiasat di atas salahlaku rasuah. Namun tiada tindakan diambil ke atas mereka. Sebaliknya, fail-fail siasatan terhadap mereka disimpan Mahathir dan sebagai balasan mereka memberi ketaatan dan kesetiaan dalam melaksanakan konspirasinya. Bagi golongan korporat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan badan berkanun, dan wakil-wakil rakyat, janji kontrak dan perniagaan dijadikan umpan untuk mendapatkan kesetiaan mereka. Sebagai contoh, pengerusi KWSP telah diberi kenaikan gaji sebanyak 50% untuk memastikan dia tidak menghalang Mahathir dari menggunakan wang rakyat di KWSP. 

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7

halaman utama

ke bilangan 7 mukasurat 2
1
ke mukasurat 2