bil. 1
menegakkan keadilan
8 Oktober 1998 
   MUKASURAT 1/3

 
Daim's return is designed to
clip the wings of Anwar as far as financial and economic decision-making is concerned.
|
Lim Kit
Siang
 
PELAJAR SEKOLAH, MAHASISWA DAN GURU MAKTAB DIKERAH
DAIM BERI RM6 JUTA UNTUK PERHIMPUNAN 10 OKTOBER 1998

KUALA LUMPUR - Bendahari UMNO, Tun Daim Zainuddin memperuntukkan RM6 juta untuk menjayakan perhimpunan anjuran parti itu pada 10 Oktober 1998 ini bagi membolehkan Dr. Mahathir meneruskan serangannya ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Malah Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak pula telah mengeluarkan arahan kepada sekolah, maktab dan universiti untuk mengerah pelajar, guru pelatih dan mahasiswa hadir pada perhimpunan bagi memukau Dr. Mahathir dengan jumlah kehadiran pada perhimpunan itu nanti. 

Menurut seorang pemimpin UMNO yang hadir pada mesyuarat 5 Oktober 1998 itu, Exco Pemuda UMNO Zulkefli Alwi dan Zain Isma memaklumkan perkara itu dalam satu mesyuarat jawatankuasa kecil perhimpunan tersebut di PWTC. 

Menurut ahli jawatankuasa itu, Zain memaklumkan bahawa, dalam mesyuarat antara Daim, Najib dan Hishamudin Tun Hussein, Daim telah diminta mengeluarkan peruntukan itu untuk menyediakan kemudahan bas bagi membawa sekurang-kurangnya 1,000 ahli UMNO dari setiap bahagian UMNO di seluruh negara. 

Ini bermakna setiap bahagian UMNO memerlukan 25 buah bas dan jika sewa sebuah bas mencapai RM1,000, jumlah belanja pengangkutan untuk setiap bahagian sahaja mencecah RM25,000. 

Daripada 165 bahagian UMNO seluruh negara dimaklumkan kira-kira 150 bahagian memerlukan bas dan ini menjadikan jumlah perbelanjaan untuk pengangkutan sahaja mencapai angka RM3 juta. 
Berdasarkan keadaan ini, banyak persoalan timbul. Daripada mana wang sebanyak itu datang dan adakah layak wang sebanyak itu digunakan untuk memuaskan nafsu Dr. Mahathir memfitnah Dato' Seri Anwar dan terus membohongi rakyat. 

Di samping itu, ini juga membuktikan betapa para pengampu Dr. Mahathir sanggup berbuat apa sahaja untuk mengabui mata Dr. Mahathir kononnya rakyat menyokong beliau. Ini termasuklah menggunakan jentera kerajaan, para peneroka dan wang yang besar. UMNO juga telah meminta Menteri-Menteri mengarahkan kakitangan kementerian dan jabatan masing-masing untuk turut meramaikan perhimpunan tersebut.

 
EDISI LAIN
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama 
 

1
ke mukasurat 2