bil. 1
menegakkan keadilan
8 Oktober 1998 
   MUKASURAT 2/3

 
 
 
 

 
70% AHLI UMNO KESAL PEMECATAN ANWAR
- SETIAUSAHA KERJA UMNO MALAYSIA

KUALA LUMPUR - Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Mustapa Yasin mendedahkan bahawa lebih 70% ahli-ahli UMNO tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Dr. Mahathir Mohamad ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. 

Dalam satu mesyuarat bersama dengan Naib Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak pada 5 Oktober 1998, Mustapa berkata, daripada maklum balas yang diterima oleh ibu pejabat UMNO, lebih 70% ahli-ahli UMNO kesal dengan pemecatan Dato' Seri Anwar. 

"Ahli UMNO tidak percaya moral Dato' Seri Anwar begitu rendah malah mereka lebih percaya ini merupakan tindakan politik untuk menghalang Dato' Seri Anwar mencabar kerusi Presiden pada pemilihan tahun hadapan," katanya. 

Mustapa memberikan keterangan ini setelah semua Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri-Negeri melaporkan kepada mesyuarat tersebut bahawa adalah sukar bagi UMNO Negeri hendak mengadakan majlis penerangan berhubung kes Dato' Seri Anwar kerana ahli-ahli UMNO semakin tidak percaya dengan tuduhan yang dilemparkan. 

Pendedahan Mustapa itu memeranjatkan Najib dan meminta semua pihak berusaha untuk mengelakkan UMNO ditolak oleh rakyat pada pilihanraya akan datang. 

Dengan itu mesyuarat memutuskan agar Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi menjelajah ke seluruh negara untuk memberi penjelasan. 

Bagi mereka hanya Dr. Mahathir yang boleh memberi penjelasan kerana isu ini datangnya daripada beliau dan hanya beliau seorang yang tahu apakah agenda tersembunyi yang hendak dilaksanakan oleh Dr. Mahathir. 

Mesyuarat itu juga mengakui bahawa sehingga kini majlis penerangan yang diadakan tidak berjaya mencapai sasarannya kerana tiada bukti kukuh yang dapat didedahkan.

 
EDISI LAIN
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama 
 

ke mukasurat 1
2
ke mukasurat 3