bil. 4
menegakkan keadilan
30 Oktober 1998 
   MUKASURAT 1/1

 
Why the Prime Minister was 
 allowed to interview the accused (Dr. Munawar). Why didn't he let the  judicial system 
 work on it's own? It is very clear that the Prime Minister of Malaysia is 
 openly involved in this case.
 
|
Naseer Ahmad, Canada
(childhood friend of Dr. Munawar)
 
KEADILAN ALA MAFIA MAHATHIR
 
Mengapa harus bertindak kasar ke atas mereka
yang hanya ingin meluahkan perasaan  secara aman?

Mahathir mempunyai sejarah kerap bertindak bertentangan dengan yang diucapkannya. Beliau pernah menyatakan tidak ada sebab Dato' Seri Anwar harus meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan kecuali jika Anwar menghadapi masalah kesihatan. Sehari kemudian dia memecat Anwar dari kabinet. Mahathir juga menyatakan pemecatan Anwar tiada kaitan dengan politik. Namun ketika berucap di Jitra dia mengaku Anwar menggugat kedudukannya dan mesti dipecat. Ketika di Jepun minggu lalu, beliau mengulangi perkara yang sama. Oleh itu, tidaklah keterlaluan jika kita menyifatkan Mahathir sebagai "congenital liar" dan meragui setiap kata dan jaminannya. 

Tidaklah hairan rakyat sangsi dan meragui jaminan Mahathir bahawa perbicaraan Dato' Seri Anwar akan dijalankan dengan adil dan bebas. Sejak dari awal lagi segala siasatan yang dijalankan terhadap Anwar dan orang-orang yang dikaitkan dengannya telah menimbulkan berbagai persoalan dan kesangsian. Sebagai contoh, pasukan penyiasat yang diketuai SAC Musa Hasan telah mengemukakan kepada mahkamah surat akuan yang dikatakan dibuat oleh Dato' Nalla. Surat ini mengandungi berbagai tuduhan terhadap Anwar. Namun, beberapa hari kemudian Nalla telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah membuat surat akuan berkenaan. Ini menunjukkan SAC Musa Hassan telah memalsukan surat akuan berkenaan. 

Perbicaraan Munawar Anis dan Sukma Dermawan juga menunjukkan bagaimana penyelewengan telah berlaku. Kedua-dua mereka muncul di mahkamah setelah diberi dadah. Pemeriksaan doktor IJN terhadap Munawar Anis selepas dia dipenjarakan juga mendapati kedua-dua tangannya melecur. Ia seolah-olah tangannya telah dipijak dan ditenyeh berkali-kali oleh orang yang berkasut. Nasib Sukma juga masih menjadi tanda tanya. Ketika dia di bawa ke penjara Kajang, dia telah ditanya oleh pihak penjara sama ada ingin merayu hukuman ke atasnya. Ini adalah prosedur biasa apabila seseorang di bawa ke penjara. Apabila dia mengatakan dia ingin merayu, anggota polis yang membawanya terus membawa dia keluar dari situ dan sehingga kini tiada sesiapa tahu di mana dia berada. Kesemua ini menunjukkan bahawa Munawar dan Sukma telah didera dan dipaksa membuat pengakuan diliwat Anwar. 

Terdapat juga usaha untuk memaksa orang tertentu menjadi bahan pendakwaan. Sebagai contoh, seorang pondan telah ditahan polis dan dipaksa mengaku pernah diliwat Anwar. Apabila dia enggan berkerjasama dia telah dipaksa menjalani pemeriksaan perubatan untuk mengenalpasti sebarang bukti yang boleh digunakan untuk menunjukkan dia pernah menjalin hubungan homoseks. Pemeriksaan perubatan gagal menemui sebarang bukti pondan berkenaan pernah diliwat. Namun polis masih cuba memaksanya mengaku pernah diliwat Anwar. Dia kemudiannya meminta doktor peribadinya dan empat orang doktor lain memeriksanya supaya terdapat rekod bahawa beliau tidak pernah diliwat. Kesemua mereka mendapati tiada bukti dia diliwat. 

 Penyiasatan mengenai serangan ke atas Anwar ketika ditahan polis juga menunjukkan terdapat usaha mengubah hasil siasatan perubatan. Pasukan perubatan yang memeriksa Anwar mengesahkan bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat dipukul. Namun, kumpulan perubatan ini telah disuruh menukar laporan berkenaan. Seorang dari doktor berkenaan enggan melakukannya dan sejak itu telah menerima berbagai ugutan dan ancaman terhadap diri dan keluarganya. 

 Jelas dari tindak-tanduk berbagai pihak yang terbabit dengan kes Anwar terdapat satu usaha yang sistematik untuk memesongkan pentadbiran keadilan untuk memastikan Anwar didapati bersalah. Bukti palsu direka, bukti yang ada diketepikan, saksi diugut dan pakar-pakar yang terbabit diancam.Mahathir kini terlalu terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja untuk berpaut kepada  kekuasaan. Dia sanggup memanipulasi pihak polis, pendakwa dan juga pakar-pakar perubatan untuk menegakkan yang basah. Di kalangan anggota polis yang menyiasat Anwar terdapat mereka yang tidak senang dengan berbagai penyelewengan dan manipulasi yang dilakukan dalam siasatan. Dua pegawai dari pasukan penyiasat berkenaan telah bertemu Anwar sehari sebelum dia dipecat dari kabinet dan mendedahkan segala manipulasi yang dilakukan dalam siasatan. Kedua-dua mereka telah ditangkap sebaik sahaja mereka meninggalkan Jabatan Perdana Menteri. 

 Jentera pentadbiran keadilan seharusnya berperanan sebagai badan bebas dan adil. Namun kini ini ia terjejas kerana manipulasi yang dilakukan Mahathir. Beliau bertanggunjawab sepenuhnya menyebabkan rakyat semakin hilang keyakinan terhadap pihak polis, pendakwa dan mahkamah. Malahan, profesyen perubatan turut ingin dipergunakannya. Dia ingin mengheret seluruh jentera pentadbiran negara untuk menjadi khadam kepada pemerintahan feudalnya. 

 Keutuhan dan profesionalisma pasukan polis dan badan kehakiman perlu dipelihara untuk memastikan rakyat merasa selamat dan boleh mendapatkan keadilan. Ini perlu untuk memastikan sistem demokrasi kita berjalan dengan baik. Inilah di antara perkara  yang ditekankan Dato Seri Anwar Ibrahim apabila beliau membicarakan mengenai masyarakat madani. Selagi Mahathir dan kuncu-kroninya masih berkuasa hasrat ini tidak akan tercapai. Mahathir mendakwa kononnya penyokong Anwar ingin mewujudkan "mob rule". Hakikatnya Mahathir telah mewujudkan "mafia rule". Sebagai rakyat kita mesti menuntut Mahathir berundur demi untuk masa depan anak-cucu kita.

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama

ke bilangan 3
1
ke bilangan 5