bil. 6 |
|
13 November 1998
|
![]() ![]() |
...dan
ialah...
![]() Najib? Pak Lah? Sudah tentu kedua-duanya mengharapkan dirinya akan menjadi Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri. Namun, hal ini tidak semudah itu. Bagi Mahathir bakal penggantinya mestilah seorang yang akan melindungi kepentingan kuncu-kroninya. Calon terbaik ialah Daim Zainuddin kerana kepentingan kedua-dua mereka berkait rapat. Namun untuk jangka panjang seorang calon yang lebih muda diperlukan.
Masalah dengan pelan ini ialah Mokhzani tidak dianggap seorang tokoh oleh ahli UMNO. Zaman mudanya dihabiskan berpoya-poya. Semasa bersekolah di MRSM Kota Baru dia dikenali sebagai seorang "playboy" dan beberapa kali hampir dibuang sekolah kerana salahlaku. Hanya kedudukan bapanya sebagai menteri pendidikan menyelamatkannya. Selepas peperiksaan MCE beliau telah menyambungkan pelajaran ke UK dan kemudiannya ke US. Seperti di sekolah, hidupnya dihabiskan berpoya-poya. Dia mengambil masa 8 tahun selepas meninggalkan MRSM untuk mendapat ijazah pertama sedangkan kebanyakan orang mengambil hanya 4-5 tahun. Ketika di Amerika, perbelanjaan pengajiannya ditanggung oleh Ananda Krishnan. Setelah menamatkan pengajian dia telah kembali ke Malaysia dan bekerja di Shell. Ketika di Shell dia terkenal sebagai kaki relax yang lebih banyak menghabiskan masa membaca suratkhabar dari bekerja.
Walau pun perencanaan diatur, masih wujud kemungkinan ia gagal. Kesetiaan Pak Lah belum tentu kekal kepada Mokhzani apabila Mahathir sudah tiada nanti. Lagi pun Pak Lah sebenarnya menyebelahi Tengku Razaleigh semasa pertembungan di antara Mahathir dan Ku Li pada tahun 1987. Kemungkinan Pak Lah mengubah kesetiaan setelah Mahathir sudah tiada adalah agak besar. |
|
![]() |
|