Ku Li Boleh Menggugat
Satu
faktor yang boleh merubah semua perancangan ini ialah Ku Li. Persaingan
Najib-Pak Lah akan menyebabkan perpecahan di kalangan ahli UMNO. Satu-satunya
tokoh yang masih mempunyai pengikut setia sebagai satu blok ialah Ku Li.
Ini terdiri dari bekas ahli Semangat 46 yang masih setia padanya. Cita-cita
Ku Li ingin menjadi PM bukanlah satu rahsia. Peranannya menjatuhkan Anwar
bukanlah kecil. Dia sering dilihat ke sana-sini dengan Khalid Jafri, penulis
buku "50 Dalil".
Peranan
pengaruh luar dalam mendesak Ku Li diberi kedudukan perlu juga diberi perhatian.
Menurut maklumat dari anggota rombongan Mahathir ke Brunei baru-baru ini,
Sultan Brunei telah menetapkan syarat perlantikan Ku Li sebagai TPM sebelum
pelaburan Brunei masuk ke Malaysia. Jelas di sini anak Kelantan ini mempunyai
cita-cita besar dan berharap mengambil kesempatan dari keadaan yang wujud.
Pergolakan dan perebutan kuasa yang sedang berlaku dalam UMNO sudah
tentu melemahkannya. Namun, ini adalah natijah tabi'e bagi sebuah parti
yang telah menginstitusikan politik wang, fitnah dan skandal sebagai sebahagian
dari budaya politiknya. Keadaannya tidak banyak berbeza dari persengketaan
yang wujud di istana Sultan Mahmud sebelum kejatuhan kesultanan Melaka.
Lagi pun mentaliti feudal Mahathir Mohammad tidak banyak berbeza dengan
Sultan Mahmud.
Bagi
rakyat Malaysia, persoalan siapa akan memimpin UMNO tidak lagi begitu penting.
Yang jelas ialah UMNO kini hanya kancah berbalah sekumpulan pemimpin yang
oportunis, tidak berprinsip dan gilakan kuasa. UMNO tidak lagi mempunyai
alasan untuk mendakwa ia parti yang mewakili kepentingan rakyat. Sudah
tibalah masanya kita mencari satu formula politik baru. Gelombang Reformasi
yang sedang melanda negara akan merubah dan membersihkan politik negara
dari segala penyelewengan dan penindasan. Titik tolak reformasi inilah
reformasi minda kita. Bagi mereka yang selama ini menyokong UMNO, sudah
tiba masanya ini diubah.
|