He (Anwar) will have a fair trial. Nobody
need worry about that. Maybe when I go to the United States, I'll meet
Ken Starr.
|
Rafidah Aziz,
Apec '98
|
|
agenda
REFORMASI
kita
Perubahan yang bakal dibawa oleh gelombang reformasi adalah satu perubahan
yang akan membawa anjakan pada amalan serta budaya politik dan pemerintahan
negara. Intipati kepada perubahan ini ialah mewujudkan sebuah kerajaan
yang telus, bertanggungjawab kepada rakyat dan menghayati prinsip dan amalan
demokrasi. Ini mungkin dilihat sebagai perkara asas bagi kebanyakan kita.
Namun, inilah yang dikhuatiri Mahathir.
Pemerintahan
Mahathir telah menyaksikan pemusatan kuasa kepada diri Mahathir. Dia kini
menganggap dirinya maha berkuasa. Ini membolehkan Mahathir menjadi maha
zalim dan maha rakus. Pemusatan kuasa berlaku melalui berbagai tindakannya.
Pemecatan Tun Saleh Abas sebagai Ketua Hakim Negara dan seterusnya pindaan
perlembagaan untuk mengurangkan kuasa raja-raja adalah di antaranya. Selain
dari itu, undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia
Rasmi dan Akta Penerbitan dan Percetakan memberi kuasa-kuasa yang luas
kepadanya. Akta-akta ini membolehkan dia mengambil tindakan-tindakan yang
tidak boleh dipersoalkan di mahkamah. Untuk memastikan kekuasaan mutlak
dalam UMNO dia juga telah meminda undang-undang supaya pertikaian parti
tidak boleh di bawa ke mahkamah. Dengan ini tindak-tanduk dan keputusannya
dalam parti tidak boleh dipertikaikan. Kesemua ini memastikan dia dapat
bertindak sebagai seorang maharaja.
Selain dari menggunakan undang-undang dan peraturan pentadbiran, Mahathir
juga menggunakan ugutan untuk mendapatkan kesetiaan dan ketaatan. Ini dilakukan
terhadap mereka yang berpotensi menjadi seteru atau menghalangnya . Sebagai
contoh, fail siasatan BPR terhadap beberapa tokoh politik dan juga pegawai
kanan kerajaan akan disimpannya. Tindakan
tidak akan diambil terhadap salahlaku tokoh politik atau pegawai kerajaan
berkenaan. Sebagai balasan mereka mestilah akur dan setia kepada Mahathir.
Oleh sebab itulah salahlaku Rafidah Aziz dalam pemberian saham kepada menantunya,
Samy Velllu dalam pemberian saham Telekom kepada Maika dan kes rasuah suami
seorang timbalan menteri wanita didiamkan sahaja.
Demikian juga dengan kes rasuah Ketua Hakim Negara, Eusoff Chin, yang
telah siap disiasat BRP setahun lalu dan Abol Hasan, bekas Ketua Pengarah
EPU, yang kini menjadi gabenor Bank Negara. Sumber-sumber BPR juga memaklumkan
Suara Reformasi bahawa Ketua
Polis Negara dan timbalannya serta Peguam Negara juga turut disiasat di
atas salahlaku rasuah. Namun tiada tindakan diambil ke atas mereka. Sebaliknya,
fail-fail siasatan terhadap mereka disimpan Mahathir dan sebagai balasan
mereka memberi ketaatan dan kesetiaan dalam melaksanakan konspirasinya.
Bagi golongan korporat, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan badan berkanun,
dan wakil-wakil rakyat, janji kontrak dan perniagaan dijadikan umpan untuk
mendapatkan kesetiaan mereka. Sebagai contoh, pengerusi KWSP telah diberi
kenaikan gaji sebanyak 50% untuk memastikan dia tidak menghalang Mahathir
dari menggunakan wang rakyat di KWSP. |
|
EDISI LAIN
BIL.
1
BIL.
2
BIL.
3
BIL.
4
BIL.
5
BIL.
6
BIL.
7
halaman
utama
|