|
|
Ini bererti kekuasaan mutlak yang dimiliki Mahathir telah
membolehkannya mengikat dan menjerat pegawai-pegawai kanan kerajaan dan
pemimpin-pemimpin politik, khususnya dari BN, dalam satu jaringan rasuah,
skandal dan peras ugut. Tidaklah hairan begitu ramai daripada mereka mudah
menjadi Pak Turut. Ditambah pula dengan media tempatan yang telah dimandulkan,
sempurnalah satu sistem pemerintahan feudal. Dengan ini ekonomi negara
boleh dijadikan alat untuk Mahathir dan kuncu-kroninya memperkayakan diri
mereka. Semua ini dilakukan dengan berselindung disebalik perjuangan bangsa.
Perubahan yang
ingin dibawa reformasi bertujuan memecahkan kekuasaan mutlak yang telah
diwujudkan Mahathir. Ini penting untuk memastikan keadilan kepada semua
rakyat. Ia juga perlu untuk memastikan jentera kerajaan dan sistem politik
berperanan membela rakyat dan bukan sebagai alat yang dipergunakan untuk
golongan tertentu sahaja.Untuk tujuan ini satu rombakan struktur pemerintahan
perlu dilakukan. Perlu wujud pemisahan kuasa untuk memastikan cabang kehakiman
bebas dari cabang eksekutif kerajaan. Badan kehakiman hendaklah diasingkan
dari kuasa pentadbiran politik. Badan-badan seperti BPR, PDRM, Pejabat
Peguam Negara dan badan kehakiman hendaklah diletakkan dibawah sebuah suruhanjaya
khas supaya keputusan-keputusan mengenai kenaikan pangkat, perjawatan,
perkhidmatan dan pemindahan kakitangan bebas dari campurtangan politik.
Undang-undang yang mengenepikan pertanggungjawaban kerajaan perlu dipinda
untuk memastikan ketelusan. Dengan ini pemimpin politik tidak lagi boleh
berselindung disebalik undang-undang seperti Akta Rahsia Rasmi untuk menyembunyikan
penyelewengannya. Ini perlu untuk memastikan segala keputusan kerajaan
dapat diteliti rakyat dan membolehkan pertanggungjawaban kerajaan oleh
rakyat. Akta-akta yang memberi kuasa mutlak kepada menteri dan tidak boleh
dipersoal dimahkamah mesti dimansuhkan. Satu mahkamah perlembagaan perlu
ditubuhkan untuk memastikan semua undang-undang dinegara ini tidak mencanggahi
perlembagaan negara. Perlembagaan juga perlu dipinda untuk memastikan sebarang
undang-undang yang menafikan rakyat hak mempertikaikan tindak-tanduk kerajaan
di mahkamah sebagai tidak sah.
Reformasi juga
perlu untuk memastikan ekonomi Malaysia berfungsi dengan licin dan efisyen.
Amalan memberi kontrak-kontrak besar hanya kepada segelintir kuncu-kroni
adalah satu amalan yang menghadkan persaingan sihat. Akibatnya, firma-firma
kuncu-kroni tidak efisyen dan tidak cekap. Apabila berlaku kemelesetan
mereka akan rebah dan ranap. Akhirnya rakyat yang terpaksa menyelamatkan
firma-firma ini. Firma-firma kuncu-kroni yang selalu dipapah dan diberi
layanan manja oleh Mahathir sememangnya tidak berdaya saing dan akan gagal
jika disuruh bersaing secara terbuka. Kita tidak mahu ekonomi kita bergantung
kepada korporat-korporat palsu yang akhirnya menjadi beban kepada rakyat.
Ketika beruntung mereka akan membolot semua keuntungan tetapi bila rugi
rakyat yang terpaksa menanggung. Bukankah lebih baik kita menyerahkan sahaja
segala projek kepada JKR jika akhirnya rakyat juga yang terpaksa menanggung
beban. Selain dari membebankan rakyat, layanan istimewa kepada firma-firma
kuncu-kroni Mahathir juga membantutkan peluang syarikat-syarikat IKS lain,
khususnya IKS bumiputera. Akibatnya syarikat-syarikat IKS bumiputera sukar
membesar dan terpaksa mengharapkan ihsan subkontrak dari firma kuncu-kroni
Mahathir.
|
|
EDISI LAIN
BIL.
1
BIL.
2
BIL.
3
BIL.
4
BIL.
5
BIL.
6
BIL.
7
halaman
utama
|