bil. 8 |
|
27 November 1998
|
|
Untuk memastikan wujud persaingan yang sihat yang dapat
meningkatkan daya saing negara, semua projek kerajaan hendaklah dilaksanakan
melalui tender terbuka. Rekod prestasi syarikat hendaklah dijadikan di
antara kriteria dalam menilai keupayaan sesebuah syarikat melaksanakan
sesuatu projek. Minit keputusan tender hendaklah dijadikan dokumen umum
yang boleh teliti oleh rakyat.
Usaha reformasi juga perlu mewujudkan suasana yang lebih demokratik
di Malaysia. Kita menganggap kepelbagaian pandangan sebagai satu aset untuk
negara. Sikap Mahathir yang suka menyekat pandangan yang berbeza adalah
amalan feudal yang perlu diubah. Tabiat mengecam pihak yang mempunyai pendapat
yang berbeza sebagai tidak patriotik atau musuh negara adalah tabiat kebudak-budakan.
Demikian juga, tabiat Mahathir dan khadam-khadamnya dalam UMNO yang suka
menggunakan sentimen perkauman dan menakut-nakutkan rakyat terhadap pembangkang.
Tabiat sebegini tidak mempunyai tempat dalam masyarakat Malaysia moden. Untuk melaksanakan perubahan-perubahan yang dihuraikan di atas, rakyat perlu bersedia melaksanakan perubahan pada diri kita. Ini perlu bermula dengan reformasi minda kita. Rakyat perlu sedar bahawa formula dan budaya politik feudal Mahathir yang diwujudkan melalui UMNO dan Barisan Nasional sudah lapuk dan mesti diubah. Perubahan yang kita inginkan tidak akan dapat dilaksanakan oleh UMNO atau BN kerana pemimpin-pemimpin UMNO dan BN ramai yang telah terjerat di dalam jaringan rasuah, kronisma, skandal dan berbagai penyelewengan. Mereka hanya akan meneruskan budaya politik lama yang lapuk yang diwarisi dari Mahathir walau pun dia sudah tiada nanti. UMNO dan BN bukanlah parti keramat dan bukan hanya ia mampu memimpin Malaysia. Rakyat perlu mengubah keadaan ini dengan tidak undi mereka.
|
|
![]() |
|
|