And so, among nations suffering economic
crisis, we continue to hear calls for democracy in many languages, 'people
power', 'Doi Moi', 'reformasi.' We hear them today, right here, right now,
among the brave people of Malaysia.
|
Al Gore,
Apec '98
16 Nov.
|
|
bila
SISTEM PENTADBIRAN KEADILAN
yang dibicarakan
Ramai pakar perundangan kini tertanya kenapa perbicaraan Dato' Seri Anwar
Ibrahim masih diteruskan kerana keterangan dari saksi pertama telah menunjukkan
bahawa tuduhan terhadap beliau tidak berasas. Keterangan Dato' Mohd Said
Awang, bekas pengarah cawangan khas, menunjukkan siasatan terhadap Anwar
dihentikan selepas Mahathir menyatakan kes itu tutup. Oleh itu, tidak timbul
persoalan Anwar mengarahkan kes itu ditutup atau mencampur tangan dalam
siasatan. Apatah lagi bila keterangan Mohd Said menunjukkan bahawa segala
tuduhan terhadap Anwar didapati palsu dan tidak berasas. Ini bererti pendakwa
tidak mempunyai kes "prima facie".
Satu perkara yang
terserlah ketika soalbalas peguambela Anwar ialah amalan dan tindak-tanduk
polis. Mohd Said mengakui polis melakukan proses "turn over" yang bertujuan
merubah pandangan dan pendirian seseorang. Ini dilakukan dengan menggunakan
berbagai pujukan dan kaedah psikologi. Adakalanya ini melibatkan soalsiasat
yang berpanjangan. Kita tidak boleh menolak bahawa PDRM juga mengguna deraan
fizikal kerana kecederaan yang dialami Anwar ketika berada dalam tahanan
dan aduan mengenai deraan oleh Munawar Anees dan Sukma menunjukkan deraan
fizikal memang sebahagian dari kaedah yang digunakan PDRM.
Bekas tahanan ISA semasa operasi Lalang juga mengalami berbagai bentuk
deraan. Di antara bentuk deraan fizikal yang digunakan ialah meramas kemaluan
tahanan lelaki dan membogelkan tahanan dan meletakkan mereka di hadapan
alat hawa dingin. Seorang tahanan dari Memali telah dipukul sehingga patah
tulang rusuk. Rakyat kini mula bertanya sama ada penggunaan kaedah sebegini
boleh dianggap sah, beretika dan profesional?
Malahan, timbul
persoalan sejauhmanakah sesuatu pengakuan yang diperolehi oleh polis dari
tahanan boleh dipercayai? Umpamanya, sejauhmanakah perletakan jawatan Datuk
Zahid Hamidi dari jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dilakukan dengan
penuh rela? Atau adakah ia hasil daripada "turnover" dan deraan yang dialami
semasa dalam tahanan? Malahan, benarkah tahanan yang dibebaskan "tanpa
syarat" benar-benar dibebaskan tanpa syarat? Kenapakah Roslan Kasim dan
Abdul Malik Husin masih ditahan? Adakah ia kerana tindakan "turnover" polis
gagal merubah pendirian mereka?
|
|
EDISI LAIN
BIL.
1
BIL.
2
BIL.
3
BIL.
4
BIL.
5
BIL.
6
BIL.
8
halaman
utama
|