bil. 1
menegakkan keadilan
8 Oktober 1998 
   MUKASURAT 3/3

 
 
 
 

 
KWSP HADAPI MASALAH KEWANGAN
 
KUALA LUMPUR - KWSP kini berhadapan dengan masalah kewangan yang begitu serius sehingga memaksa para pencarum menunggu sehingga setahun sebelum mereka boleh mengeluarkan caruman wajib mereka setelah bersara. 

Beberapa orang pesara yang datang ke KWSP baru-baru ini dimaklumkan mereka perlu menunggu sehingga setahun sebelum wang caruman mereka boleh dikeluarkan. 

Sebelum ini, proses pengeluaran caruman setelah bersara mengambil masa tiga bulan untuk diuruskan. 

Difahamkan keadaan ini berlaku kerana KWSP sedang menghadapi masalah kewangan ekoran wang terkumpul badan itu digunakan untuk memulihkan pasaran saham. 

Sejak ekonomi negara terjejas pada Julai 1997, KWSP telah diminta memperuntukkan lebih RM10 bilion untuk membantu memulihkan pasaran saham. 

Walaupun ada tentangan tetapi Dr. Mahathir melalui Tun Daim Zainuddin telah meminta KWSP melaksanakan arahan tersebut. 

Sehingga Disember 1997, KWSP telah mengalami kerugian RM10 bilion ekoran pasaran saham yang terus merudum. 

Keadaan ini amat membimbangkan kerana wang rakyat terutama golongan berpendapatan rendah telah digunakan untuk menyelamatkan korporat besar yang rapat dengan Daim.

 
EDISI LAIN
BIL. 2
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama 
 

ke mukasurat 2
3
ke bilangan 2