bil. 2
menegakkan keadilan
15 Oktober 1998 
   MUKASURAT 2/3

Gambar menunjukkan Rahim Noor menuding jari memberi amaran kepada wartawan asing di dalam salah satu sidang akhbar yang telah diadakan.
 
 
 

 
ke mana menghilangnya
RAHIM NOOR 
 
KUALA LUMPUR - Setelah isu penyeksaan ke atas Dato' Seri Anwar terbongkar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor seolah-olah menghilang dan menyepikan diri. 

Sebaliknya, Dr. Mahathir Mohamad selaku Menteri Dalam Negeri terpaksa tampil ke hadapan bagi menyelamatkan maruah anak buahnya itu. 

Difahamkan, Dr. Mahathir kecewa dengan sikap Rahim Noor kerana gagal melaksanakan tugas dan arahan yang diperintahkan dengan baik. 

Malah, berdasarkan pita rakaman perbualan telefon antara Rahim dan Dr. Mahathir, jelas Dr. Mahathir memarahi Rahim kerana memukul Anwar sehingga meninggalkan kesan yang pada akhirnya memberikan simpati dan sokongan yang lebih besar kepada Dato' Seri Anwar. 

Dr. Mahathir kecewa kerana arahan beliau agar Anwar mengaku dan hilang pertimbangan tidak disempurnakan dengan baik oleh Rahim Noor.

 
EDISI LAIN
BIL. 1
BIL. 3
BIL. 4
BIL. 5
BIL. 6
BIL. 7
BIL. 8

halaman utama 
 

ke mukasurat 1
2
ke mukasurat 3