bil. 2 |
|
15 Oktober 1998
|
LAMAN
WEB MENARIK
|
KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengemukakan permohonan kepada pemerintah tertinggi tentera, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, untuk sama-sama menjalankan siasatan ke atas tindakan ganas polis yang mencederakan Dato' Seri Anwar. Menurut sumber dalaman ATM, tentera merasakan perlu sama-sama dalam
pasukan siasatan tersebut bagi memastikan keadilan benar-benar dapat ditegakkan.
Sehubungan itu, ATM berpendapat, pasukan penyiasat tentera perlu turut serta kerana keyakinan rakyat kepada polis kini telah hilang dan mereka meragui kebebasan pihak polis dalam mengendalikan kes Dato' Seri Anwar. Menurut sumber itu lagi yang berpangkat Jeneral, pihak tentera juga merasakan, dalam kes Dato' Seri Anwar, keresahan rakyat kini agak memuncak. Berdasarkan risikan tentera, rakyat kini seolah-olah sanggup melakukan apa sahaja termasuk merusuh kerana tidak puashati dengan layanan yang diberikan dalam kes Dato' Seri Anwar. Katanya, rakyat tidak berpuashati kerana Dato' Seri Anwar telah didapati bersalah oleh pemimpin sebelum beliau dibicarakan di mahkamah. Di samping itu, rakyat juga kesal dan kecewa dengan polis yang bukan sahaja memukul Dato' Seri Anwar tetapi sanggup memukul rakyat yang menyokong Dato' Seri Anwar. Umat Islam pula kata sumber itu, jelas kecewa kerana polis menyerbu Masjid Negara dengan berkasut dan tidak menghormati orang yang masih bersembahyang. |
|
|